Monday, August 8, 2016

Medium Pengiklanan Yang Berkesan

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga siapkan BLOG sendiri. Syukur ada kawan-kawan yang hebat disekeliling dan tak jemu-jemu membantu. Untuk pengetahuan semua, dulu saya pernah join kelas blog secara atas talian dengan Cikgu Anys. Akan tetapi, disebabkan kesibukan menguruskan Bisnes QASEH GOLD. Tidak kesampaian untuk mengikutinya. ( Minta maaf ya Cikgu )

Bila ada peluang KELAS BLOG secara offline. Terus saya rebut peluang tersebut kerana bagi saya ILMU itu perlu dikejar. Mungkin ini rezeki saya sekaligus dapat berjuga dengan Cikgu Blog, Puan Anys Idayu Zakari.

Foto : FB Siti Azurah Binti Jalaluddin


Seronok memang seronok sebab saya dapat mempelajari perihal blog dengan lebih mendalam. Jadi surirumah pun masih lagi boleh berblogging ya. Antara medium pengiklanan yang mudah dalam memasarkan produk menerusi INTERNET adalah dengan BLOG.

Sabtu lepas habis je Kelas Blog apa lagi bergambar beramai-ramai. Terima kasih Mentor Hebat saya Cikpuan Zalina dan Sahabat Sejati Cikpuan Ezzalin kerana bertungkus lumus menjayakan Kelas Blog. Alhamdulillah dan ianya MENJADI.

Foto: FB Zalina Zulkapli

Terima Kasih sekali lagi Cikgu Anys atas kunjungan Cikgu ke sini. Lepas ini hari-hari kena update kat Blog.






No comments:

Post a Comment