Thursday, August 11, 2016

Pengalaman Yang Menarik!

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Baru berkesempatan update cerita hari ini.
Sepanjang hari menghadiri Program CIMB BEST.
Banyak Ilmu yang saya belajar, paling best bila dapat meluaskan NETWORKING dalam Bisnes.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin


Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin


Aktiviti hari ini memang PADAT tapi sempat juga lari sebentar untuk menuai hasil @ Mengepam susu. Alhamdulillah, walaupun berjauhan dengan Hadif, Rezekinya tetap ada. Walaupun duduk sahaja sambil mendengar taklimat, Kami juga diberikan latihan dalam kumpulan. Komunikasi pun sama penting. Tidaklah boringkan bila kita berinteraksi. Disebabkan Saya lupa bawa stok Qaseh Gold dan Kad Nama. Minggu Depan memang WAJIB BAWA supaya tidaklah saya letih cakap jual produk apa.

Perihal Stok Qaseh pula, Nasib baik sepanjang ketiadaan saya. Adik Saya Nabillah sudi membantu. Walaupun beliau ada interview tadi, Sempat juga packing Parcel Qaseh Gold. Alhamdulillah akhirnya beliau dapat jawatan di syarikat tersebut.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin

Habis je program CIMB, Mula terfikir nak naik apa sebab pagi tadi datang sendiri. Jadi, Encik suami suruh tumpang Kak Ina, Jadi Mesej adik minta ambil di Sg. Buloh. Seperti biasa dipetang hari, Jem sana sini buat kami terleka berborak sampaikan silap masuk jalan tapi nasib baik jumpa jalan dengan bantuan Google Maps.

Sampai rumah jam 9 malam, Kalut siapkan order Rania dan Stokis yang nak datang ke rumah. Sampai rania tanya "Akak cantik-cantik malam ni, nak pergi mana" Nak tergelak pula. Cantik ye. "Akak baru sampai, tak mandi lagi ini". Selesai bab shopping Qaseh Gold. Esok WAJIB Restok memandangkan banyak stok habis.
Alhamdulillah, Syukur Allah.

Sebelum tidur, walaupun badan tak letih tapi otak penat dengan input-input nota yang diberikan.Bukan sahaja nota program, malah nota kelas online Aura Insta dengan Kelas Online Basic Agent.

Foto : FB Siti Azurah Binti Jalaluddin

Nak senang bukan senang, nak susah bukan susah. Teguk Qaseh Gold sebelum tidur. InshaAllah memberikan saya tidur yang lena

Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment