Wednesday, August 17, 2016

Rakan Niaga Diperlukan

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Assalamualaikum.

"Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh Gold"



Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin


Bisnes Qaseh telah banyak mengubah kehidupan saya. Perubahan terbesar bila mana saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan dari rumah. Kini, saya memiliki SOHO sendiri di rumah dan Rak Qaseh disudut ruang tamu.

Saya memilih untuk bekerja sendiri kerana anak-anak masih kecil. Kos sara diri yang tinggi juga menyebabkan saya nekad mengubah kehidupan keluarga kecil kami. Pada mulanya, suami kurang bersetuju tapi bila beliau melihat kesungguhan saya dalam Bisnes Qaseh. Alhamdulillah, Beliau setuju. Kini sudah 3 tahun saya menjalankan Bisnes Qaseh dengan memegang jawatan kecil sebagai 'Pengurus Pemasaran Wilayah' @ PPW.

Seronok memang seronok, saya dapat bantu kawan-kawan menjana pendapatan sendiri yang dapat menampung perbelanjaan harian mereka. Buatlah sesuatu dengan Kesungguhan, InshaAllah Hasilnya anda akan rasai nikmat.

Disini saya membuka PELUANG DAN RUANG untuk sahabat-sahabat saya untuk menjana pendapatan bersama Bisnes QASEH GOLD. InshaAllah saya akan sharekan entri Berkaitan Bisnes Qaseh Gold nanti.

Jika Anda berminat, Boleh Whatsapp saya secara terus di 0182152609 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, August 16, 2016

Istimewanya Qaseh Adinda

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah,
Kesibukan hampir 2 hari membuatkan saya resah untul berblogging. Malam ini saya berkesempatan untuk update BLOG. Hari ini, saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan QASEH ADINDA  hampir 3 tahun. Saya mula mengamalkan Qaseh ketika menyusu Haris. Faktor Keletihan adalah penyebab UTAMA. Selain itu, Antara sebab kenapa saya TERJEBAK dengan BISNES QASEH GOLD adalah disebabkan FAKTOR EKONOMI KELUARGA. Memang Best sangat mengamalkan Qaseh Adinda, Badan sentiasa bertenaga, Production Susu pun banyak. Saya masih mengamalkan Qaseh sehingga sekarang maklumlah anak dah masuk 3. Insha-Allah Hadif pun akan ikut jejak abangnya Menyusu Sehingga 2 tahun dengan Qaseh Adinda. 

Jom REVIEW Produk hebat ini.

Foto: Google Image


QASEH ADINDA
Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.
FUNGSI UTAMA
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian 
  2. Menambah tenaga
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
  10. Menstabilkan hormon
KEISTIMEWAAN

Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.


TIP PENGGUNAAN
  1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.. 
  2. Gunakan sudu plastik bagi memastikan khasiat madu terpelihara. 
  3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.

sumber: www.qaseh2u.com






Sunday, August 14, 2016

Makanan Sunnah Terbaik.

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin.


Bismillah.
Assalamualaikum.
Bersiaran pagi ini di kampung, encik suami pagi-pagi lagi dah masuk dusun durian. Anak-anak pula masih tidur. Jadi, Maknya update Entri di Blog. Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman bagaimana saya TERJEBAK dalam Bisnes Qaseh.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin
Sepanjang menyusukan Haris 3 tahun lepas, Saya tidak mengamalkan apa-apa supplemen makanan tambahan. Hanya mengamalkan 1 sachet Teh Longan Kurma setiap hari sebagai penggalak susu kerana saya Fully Breastfeed. Alhamdulillah, Pengeluaran sangat bagus. Tapi, Saya selalu keletihan. Memandu sendiri ke tempat kerja. Kadang-kadang balik lewat. Membuatkan saya rasa macam tak larat nak uruskan perihal rumahtangga.


Saya cuba search Google mencari Supplement Mampu Milik, Khasiat Habatus Sauda Memang Baik, Jadi kebetulan Kedai Arab berdekatan dengan ofis saya. Saya Mencuba Kapsul Habatus Sauda Jenama Baraka. Alhamdulillah. Mengamalkan Kapsul tersebut buat saya lebih bertenaga. Lagipun harga murah dan mampu milik.

Foto : Sumber Google

Satu Hari, Sedang asyik scroll FB, saya ternampak Rakan FB update berkenaan Produk QASEH GOLD. Saya rasa teruja sebab apa yang saya amalkan ketika itu cuma 1 makanan sunnah, Dalam Qaseh, Ada lebih kurang 7 makanan sunnah dan tahan penggunaan untuk sebulan.

Foro : Sumber Google

Nak Dijadikan cerita, agak lama juga saya nak contact Sahabat Saya tu, Tapi mungkin ia sudah REZEKI ANAK, Saya mendaftar Sebagai RAKAN NIAGA walhal niat nak makan tapi pada masa yang sama memang saya sedang mencari pendapatan sampingan. Allah Lorongkan hati saya untuk menjual produl hebat ini.

Saya mula rasai kesannya, Production susu ditahap yang baik, Badan rasa lebih bertenaga. Paling saya suka, Saya sentiasa dalam keadaan POSITIF dimana saya tidak stress bila mana ada sesuatu yang boleh membuatkan saya stress.

Bulan Pertama sebagai Rakan Niaga, Saya berjaya membuat jualan sebanyak 60 botol. Tak pernah terfikir saya ada bakat menjual. Dulu saya memang tak suka menjual. Leceh bagi saya. Tapi itulah, Benda yang kita suka tak semestinya kita dapat. Benda yang kita tak suka itulah yang menjadi rezeki kita.

Qaseh Gold Mengandungi 7 makanan sunnah. Khasiat memang Terbaik. Nantikan Review Produk Qaseh di Entri seterusnya.

Dah 32 Tahun Rupanya.


Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Baru berkesempatan Update aktiviti hari ini.
Alhamdulillah, Semalam Genap 32 tahun usia saya. Syukur, Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau tahun lepas, kami berempat, tahun ni sudah berlima. Hadiah paling best tahun ni, Dapat seorang lagi Hero @ Pelindung Mama, Hadif Zukarnain.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin
Genap 32 tahun, ada banyak lagi yang masih belum dikejar. Allahuakhbar! Kena review TARGET yang ingin dicapai. Moga-moga sebelum berakhir tahun 2016, Dapat capai apa yang dicitakan.

Terima Kasih Cinta Hati. Dapat nyanyian Happy Birthday tengah malam semalam. Terharu. Syukur Alhamdulillah. Dapatlah Kek Sepotong sebagai Tanda Ingatan, Tak lupa juga buat sahabat FB yang wish Happy Birthday. Terima Kasih atas doa Kalian.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin
Malam ni, saya bersiaran di kampung, Musim Durian ni, Pakat baliklah. Hehehe.


Dah 32 Tahun Rupanya.


Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin.

Bismillah.
Assalamualaikum.
Baru berkesempatan Update aktiviti hari ini.
Alhamdulillah, Semalam Genap 32 tahun usia saya. Syukur masih lagi bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau tahun lepas, kami berempat, tahun ni sudah berlima. Hadiah paling best tahun ni, Dapat seorang lagi Hero @ Pelindung Mama, Hadif Zukarnain.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin
Genap 32 tahun, ada banyak lagi yang masih belum dikejar. Allahuakhbar! Kena review TARGET yang ingin dicapai. Moga-moga sebelum berakhir tahun 2016, Dapat capai apa yang dicitakan.

Terima Kasih Cinta Hati. Dapat nyanyian Happy Birthday tengah malam semalam. Terharu. Syukur Alhamdulillah. Dapatlah Kek Sepotong sebagai Tanda Ingatan, Tak lupa juga buat sahabat FB yang wish Happy Birthday. Terima Kasih atas doa Kalian.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin
Malam ni, saya bersiaran di kampung, Musim Durian ni, Pakat baliklah. Hehehe.


Friday, August 12, 2016

Pentingnya Pengurusan Masa

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin



Bismillah.
Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk UPDATE entri pagi ini.

Menjadi WAHM sejak 2014, perkara yang sering kali memberi cabaran kepada saya adalah PENGURUSAN MASA yang efektif. Bekerja dari rumah adalah perkara yang menyeronokkan. Tambahan lagi, anak-anak didepan mata. Akan tetapi, masalah saya adalah untuk menguruskan kerjaya dan keluarga.

MASA ITU EMAS.

Memang emas yang tak dapat ditukar ganti. Masa cepat berlalu. Saya cuba bahagi masa kerja dan masa keluarga. Maklumlah sejak ada anak kecil, perhatian lebih perlu diberikan. jadual LIST TO DO perlu saya update setiap hari. Masa kerja saya bermula selepas menghantar kakak Amna sekolah. Antara pukul 12.30 sehingga pukul 4 petang. Waktu itu penting sebab poslaju akan COLLECT Parcel Qaseh, Saya akan update Stok Inventori, Update belian Qaseh Gold. Tapi jangan sampai abaikan keluarga. (Pernah rasa begitu sebab sibuk sangat bekerja).

Nanti bersambung, Si kecil memanggil-manggil.






Thursday, August 11, 2016

Pengalaman Yang Menarik!

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Baru berkesempatan update cerita hari ini.
Sepanjang hari menghadiri Program CIMB BEST.
Banyak Ilmu yang saya belajar, paling best bila dapat meluaskan NETWORKING dalam Bisnes.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin


Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin


Aktiviti hari ini memang PADAT tapi sempat juga lari sebentar untuk menuai hasil @ Mengepam susu. Alhamdulillah, walaupun berjauhan dengan Hadif, Rezekinya tetap ada. Walaupun duduk sahaja sambil mendengar taklimat, Kami juga diberikan latihan dalam kumpulan. Komunikasi pun sama penting. Tidaklah boringkan bila kita berinteraksi. Disebabkan Saya lupa bawa stok Qaseh Gold dan Kad Nama. Minggu Depan memang WAJIB BAWA supaya tidaklah saya letih cakap jual produk apa.

Perihal Stok Qaseh pula, Nasib baik sepanjang ketiadaan saya. Adik Saya Nabillah sudi membantu. Walaupun beliau ada interview tadi, Sempat juga packing Parcel Qaseh Gold. Alhamdulillah akhirnya beliau dapat jawatan di syarikat tersebut.

Foto : Siti Azurah Binti Jalaluddin

Habis je program CIMB, Mula terfikir nak naik apa sebab pagi tadi datang sendiri. Jadi, Encik suami suruh tumpang Kak Ina, Jadi Mesej adik minta ambil di Sg. Buloh. Seperti biasa dipetang hari, Jem sana sini buat kami terleka berborak sampaikan silap masuk jalan tapi nasib baik jumpa jalan dengan bantuan Google Maps.

Sampai rumah jam 9 malam, Kalut siapkan order Rania dan Stokis yang nak datang ke rumah. Sampai rania tanya "Akak cantik-cantik malam ni, nak pergi mana" Nak tergelak pula. Cantik ye. "Akak baru sampai, tak mandi lagi ini". Selesai bab shopping Qaseh Gold. Esok WAJIB Restok memandangkan banyak stok habis.
Alhamdulillah, Syukur Allah.

Sebelum tidur, walaupun badan tak letih tapi otak penat dengan input-input nota yang diberikan.Bukan sahaja nota program, malah nota kelas online Aura Insta dengan Kelas Online Basic Agent.

Foto : FB Siti Azurah Binti Jalaluddin

Nak senang bukan senang, nak susah bukan susah. Teguk Qaseh Gold sebelum tidur. InshaAllah memberikan saya tidur yang lena

Selamat Malam.

Wednesday, August 10, 2016

Program Usahawan Bumiputera

Teks : Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Baru berkesempatan update blog, Alhamdulillah sempat join Program CIMB BEST Track 2. Program Khusus untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memahami keperluan pembiayaan Industri Kecil dan Sederhana. Selain Menjalankan perniagaan yang menguntungkan dan bagaimana mengekalkan perniagaan yang kukuh. Bagi yang berjaya lengkapkan kehadiran Program ini, Mereka berpeluang menyertai Program Business Accelerator selama 3 bulan.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Perkongsian pagi ini dengan Wakil Punb, Tuan Ashraf dan Tuan Awe wakil SME berkenaan Kemudahan Pinjaman untuk perniagaan. Rupanya banyak Kemudahan disediakan. Buat usahawan diluar sana pastikan anda ada Proper Management Account yang cantik bagi Syarikat Enteprise bagi memudahkan proses kelulusan berjalan lancar. Ada juga masalah yang dihadapi oleh pihak bank dalam meluluskan permohonan usahawan Bumiputera.

Ok. Jom sambung kelas.









Tuesday, August 9, 2016

Perubahan Yang Menggembirakan

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Alhamdulillah.
Dapat mesej dari HQ Ana Edar. Bonus QASEH GOLD dah masuk sistem E-wallet. Syukur, Lebih sistematik dan tersusun. Lepas ni, mudah nak uruskan pengeluaran dan penyimpanan tanpa perlu OTC.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin


Dulu lain, setiap 20hb Ramai-ramai akan serbu HQ untuk ambil cek bonus. Kemudian nak kena bank in ke bank pula ambil masa juga untuk dapatkan bonus. Belum lagi dengan cek hilangnya, cek tak sampai ke penerima. Sekarang dah lain, Lebih paperless dan jimat masa. Nampakkan? Perubahan yang memudahkan semua ahlinya.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin


Sebarkan Manfaat dapat income. Walaupun hanya santai-santai. Siapa yang nak join kami, Sila whatsapp saya ke 0182152609.

Antara Kerjaya Dan Keluarga

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Assalamualaikum.
Salam Dhuha buat sahabat.

Antara Kerjaya dan Keluarga, yang mana Anda pilih? Alhamdulillah. Dikesempatan ini, Saya nak kongsikan pengalaman saya dalam membuat pilihan sama ada memilih Kerjaya atau Keluarga.
Saya memilih keluarga.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin



Pengalaman bekerja di Syarikat banyak mengajar saya berkaitan soal respek, soal kepimpinan. Selama hampir 6 tahun bekerja. Banyak Pengalaman yang dikutip. Syukur saya belajar banyak. Dan pada masa yang sama, kos sara hidup meningkat. Keadaan kewangan keluarga kecil kami agak terhad. Jadi, Saya mula mencari alternatif Side Income bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin


Syukur, Bisnes QASEH GOLD adalah permulaan kepada impian saya. Selama hampir 9 bulan saya menjual Produk ini secara sambilan. Memang banyak kenangan pahit dan manis. Bisnes memang begitu kan? hehehehe. Ada masa diatas, ada masa dibawah. Ada juga waktu sukar yang saya alami, dek kerana tugas hakiki. Jadi, Saya membuat keputusan untuk Berhenti Kerja dan memulakan secara sepenuh masa. Keadaan ketika itu, Saya lebih mengutamakan keluarga dari kerja. Pada Mac 2014, Saya meletak jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Bisnes Qaseh. Pada waktu tersebut, Saya dilantik sebagai Stokis Qaseh Gold. Alhamdulillah, Kini sudah masuk tahun ke2 bergelar WAHM (Working-At-Home-Mom). Jangan takut membuat keputusan jika ia baik untuk keluarga kita. Duit boleh dicari, tetapi keluarga sukar diganti.








Tidur Lena Dengan Qaseh Gold.

Teks : Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Selesai sesi penerangan berkaitan Cabaran Starvaganza dengan Team Jutawan Qaseh. Alhamdulillah,  Rakan Niaga Rosmanila, Suhaini dan Mashithah berjaya mencapai ACHIEVERS AWARD. Tahniah diucapkan buat yang berjaya. Senarai Bakal Pencapai ACHIEVERS AWARD pun telah dikenalpasti. InshaAllah bulan ni kena kerja lebih sikit. Bantu Team untuk mencapai target. Tak mustahil bagi mereka yang berusaha.

Sebelum tidur, teguk QASEH GOLD dulu. Agen Tritofan membantu menstabilkan Emosi dan InshaAllah Tidur kita lebih lena. Baby Hadif dah Tidur. Esok kita sambung ya.

Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddi 
  

Monday, August 8, 2016

Perjumpaan Di HQ Ana Edar.

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh.
Selesai perjumpaan Antara Team NQN bersama pengurusan HQ berkenaan Pembangunan Rakan Niaga khusus buat Team NQN. Kami sangat serius Dalam mencipta lebih ramai Usahawan Qaseh dan kami lebih menekankan asas "Leader Create Leader". InshaAllah Tiga Leader dari Team NQN akan menjadi Stokis Qaseh Gold pada bulan September.Pelbagai Program khusus buat team hebat. Meeting hari ini memang kena bawa bodyguard kecil, Si Hadif. Nasib baik dia baik sepanjang pertemuan kami di HQ. Thanks Mentor Zalina Zulkapli, Sifu Nasiron, BDE Izzudin dan ME Nash atas perhatian yang diberikan kepada Team NQN Yang Hebat. InshaAllah kami akan TARGET yang diberikan. #OhsemOgos.


Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Medium Pengiklanan Yang Berkesan

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Bismillah.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga siapkan BLOG sendiri. Syukur ada kawan-kawan yang hebat disekeliling dan tak jemu-jemu membantu. Untuk pengetahuan semua, dulu saya pernah join kelas blog secara atas talian dengan Cikgu Anys. Akan tetapi, disebabkan kesibukan menguruskan Bisnes QASEH GOLD. Tidak kesampaian untuk mengikutinya. ( Minta maaf ya Cikgu )

Bila ada peluang KELAS BLOG secara offline. Terus saya rebut peluang tersebut kerana bagi saya ILMU itu perlu dikejar. Mungkin ini rezeki saya sekaligus dapat berjuga dengan Cikgu Blog, Puan Anys Idayu Zakari.

Foto : FB Siti Azurah Binti Jalaluddin


Seronok memang seronok sebab saya dapat mempelajari perihal blog dengan lebih mendalam. Jadi surirumah pun masih lagi boleh berblogging ya. Antara medium pengiklanan yang mudah dalam memasarkan produk menerusi INTERNET adalah dengan BLOG.

Sabtu lepas habis je Kelas Blog apa lagi bergambar beramai-ramai. Terima kasih Mentor Hebat saya Cikpuan Zalina dan Sahabat Sejati Cikpuan Ezzalin kerana bertungkus lumus menjayakan Kelas Blog. Alhamdulillah dan ianya MENJADI.

Foto: FB Zalina Zulkapli

Terima Kasih sekali lagi Cikgu Anys atas kunjungan Cikgu ke sini. Lepas ini hari-hari kena update kat Blog.






Saturday, August 6, 2016

Kelas Asas Blog

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Sumber Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Alhamdulillah. 
Hari ini dapat turut serta dalam KELAS ASAS BLOG. Bagi saya satu pengalaman baru. Memang seronok. Nantikan Entri dari saya ya. 



PENGENALAN DIRI SAYA

Teks: Siti Azurah Binti Jalaluddin


                                                    
Sumber Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin




Bismillah.

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi.

Nama diberikan Mama dan Papa saya adalah Siti Azurah Binti Jalaluddin. Lahir pada 13 Ogos 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Merupakan Anak Sulung dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru. Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan.

Selepas habis SPM pada tahun 2010, saya mendapat panggilan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dari Universiti Teknologi Mara, Cawangan Lendu, Melaka. Selepas habis pengajian Diploma Pengajian Perniagaan, saya memulakan pekerjaan sebagai Kerani di Syarikat Pembinaan untuk mendapat pengalaman bekerja. Seronok bekerja membuat saya terpikir untuk menyambung pengajian diperingkat Ijazah.

Syukur, Pada bulan 12, tahun 2005.Saya mendapat panggilan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam untuk menyambung pengajian diperingkat Ijazah. Pengalaman selama 2 tahun di UiTM. Membentuk saya menjadi seorang ketua yang baik bila mana saya dilantik menjadi Yang Dipertua Kolej Cempaka Kenanga. Habis pengajian saya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) ( Kepujian).

Disebabkan minat mengajar, saya mendapat tawaran untuk mengajar di UiTM Lendu Melaka sebagai Pensyarah Sambilan mengajar subjek Kewangan. Pengalaman mengajar selama 6 bulan cukup seronok dan selepas itu saya mendapat tawaran untuk mengikuti Program FSTEP selama 1 tahun. Pengalaman bekerja memberi saya 1001 pengalaman yang gembira dan sedih.

Saya berkahwin pada tahun 2009, dengan suami saya Herman Bin Md Salleh. Saya berkawan dengan beliau hampir 10 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan anak seramai 3 tahun.




Sumber Foto: Siti Azurah Binti Jalaluddin

Suami bekerja sebagai Jurutera Komputer disalah sebuah syarikat swasta. Dulu saya bekerja sebagai Eksekutif Akaun di Cosmopoint, dan pada masa yang sama, saya memulakan perniagaan QASEH GOLD secara sambilan pada tahun 2013. Alhamdulillah. selama 9 bulan membuat secara sambilan, akhirnya saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan secara sepenuh masa pada 2014. Kini, saya lebih fokus dalam perniagaan QASEH GOLD dan mahu membantu lebih ramai sahabat-sahabat menjana pendapatan dengan QASEH GOLD.